Skip to main content

RESEPI JELLY BALL VIRAL CONFIRM JADI

 BY : NOOR AISHAH BT AZIZ

    



Rata-rata tempat kalau kita pergi jalan-jalan mesti ada yang jual jelly ball ni , harga pulak mak ai…satu cucuk yang ada 5 - 7 biji jelly ball tu boleh mencecah RM 7.Aduh ! mahal betul kan…kalau sorang je anak takpa..kalau ramai hehe memang nangislah harga dia.

So , kali ini saya nak share resepi ringkas Jelly Ball yang saya guna….dijamin jadi,menjimatkan kos dan anak-anak dapat makan puas.Malahan bukan itu sahaja, jelly ball ni boleh diolah dijadikan bahan didalam minuman koktel juga. Jom kita tengok resepinya . 



Bahan-bahan yang digunakan :

  • 1 pek serbuk jelly 10g plain ( Serbuk Konnyaku Happy Grass )
  • 1/2 pek (5g) serbuk agar plain ( saya pakai Brand Swallow Globe )
  • 250g gula
  • 1200g air
  • Kordial lion ikutlah nak perisa apa ( Saya guna perisa Sarsi , Jagung , Laici & Strawberry )

Cara-cara membuatnya :

1. Satukan serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula dan campurkan dalam air. Masak hingga mendidih.

2. Sentiasa kacau bagi semua bahan larut, bahagikan kepada beberapa bahagian. (Saya buat bahagi 3 je). Setiap bahagian letak dua sudu besar kordial.

3. Tuang dalam acuan dan tutup. Kalau tak ada acuan bulat ni boleh jer guna mana-mana acuan yang ada. Biar suam sikit baru masuk peti ais. Siap!


Tip:

1. Masa tuang bancuhan ke acuan tu pastikan penuh ye…kalau tak jelly ball kita tak akan dapat bentuk yang bulat dan montel…hehe , jangan risau kalau masa tutup acuan tu dia meleleh..itu kita punya indicator yang paling penting untuk memastikan jelly ball tu bulat….yg meleleh kat tepi acuan tu boleh makan tau..jangan buang pula..hehe…ok selamat mencuba.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Kurma Pembekal Tenaga Yang HEBAT

  Pokok Kurma sesuai dengan statusnya sebagai salah satu pokok yang hidup subur di bumi Arab . Pokok kurma dan buahnya banyak disebut didalam Al-Quran dan hadith Nabi. Pokok Kurma sangat dekat dengan kehidupan seharian Rasulullah SAW dan menjadi hidangan yang sangat digemari oleh Baginda, Kurma juga menjadi makanan umat islam seluruh dunia terutamanya ketika bulan Ramadhan. Banyak khasiat yang dibekalkan oleh buah kurma kerana ia mempunyai pelbagai jenis vitamin B kompleks ( B1,B2) , asid nikotinik dan vitamin A yang boleh membantu meningkatkan metabolisma karbohidrat serta dapat mengekalkan paras glukosa dalam darah. Sebenarnya banyak lagi khasiat buah kurma ini kalau nak diceritakan mungkin tak cukup 1 mukasurat..hehe. Jadi disini admin nak share cara pengambilan buah kurma dalam perubatan islam yang sangat mudah.   Resepi Air Kurma ( Menghilangkan Rasa Penat & Letih ) Bahan-bahan : ·          5 ulas kurma ( buang biji dan basuh ) ·          150 ml susu kambing asli

20 PETUA UNTUK MENJADI KETUA TERBAIK

Nukilan : Norfazlinda binti Abdul Majid Memang seronok sebenarnya menjadi seorang ketua kan? Boleh mengarah dan buat apa sahaja yang kita nak. Tapi hakikatnya bukan mudah menjadi seorang ketua yang berkualiti dan berkreadibiliti guys. Saya share sedikit tips menjadi ketua yang terbaik berdasarkan kepada penulisan dari Che Mat bertajuk Penyeliaan Berkesan yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd (2001) . Naskhah lama yang diterbitkan tapi masih bermanfaat untuk dijadikan sumber rujukan. 1.        Permudahkan Kerja -         Buat perbincangan secara bersama dan menyusun segala keperluan tugas mengikut keutamaan dan format yang dikehendaki. 2.        Sering Melaporkan Kegiatan -         Berhati-hati dengan khabar angin dan gossip yang boleh menjejaskan hubungan dalam organisasi. Dapatkan bukti dan fakta yang betul. Staf perlu melaporkan setiap tugas dan kegiatan yang dilakukan secara berkala dengan Ketua. 3.        Mengendalikan Masalah Pekerja -         Laksan

POLITIK DALAM PENILAIAN PRESTASI

 Nukilan: Norfazlinda binti Abdul Majid Assalammualaikum W.B.T Bila minat suka menulis dan share something ilmu yang baru, saya rasa terpanggil untuk sharing knowledge dari buku yang saya baca yang ditulis oleh Ab. Aziz Yusof bertajuk Politik Organisasi dalam Penilaian Prestasi. Realiti atau persepsi. Buku ini diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok (2001). Penulis ini memang sangat dikenali terutamanya pengkaji atau pelajar yang mahu mendalami ilmu pengurusan di dalam sesebuah organisasi. Kebetulan sekarang ini di jabatan-jabatan kerajaan sedang bergelumang dengan LNPT dan My Performance untuk kita menilai staf bawahan dan juga pencapaian sasaran kerja tahunan yang kita lakukan sepanjang tahun.  Pelbagai usaha dilakukan oleh beberapa pihak untuk mempengaruhi penilaian prestasi agar markah yang diperolehi mencapai lebih dari 90%. Sedarkah anda ada beberapa perkara di bawah yang kita telah lakukan. Jom kita semak guys !!! Bermuka-Muka dan Pemujian Ianya lebih dikenali dengan