Nukilan : Norfazlinda binti Abdul Majid
Memang seronok sebenarnya
menjadi seorang ketua kan? Boleh mengarah dan buat apa sahaja yang kita nak.
Tapi hakikatnya bukan mudah menjadi seorang ketua yang berkualiti dan
berkreadibiliti guys.
Saya share sedikit tips
menjadi ketua yang terbaik berdasarkan kepada penulisan dari Che Mat
bertajuk Penyeliaan Berkesan yang diterbitkan oleh Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd (2001). Naskhah lama yang diterbitkan tapi masih
bermanfaat untuk dijadikan sumber rujukan.
1. Permudahkan
Kerja
- Buat perbincangan secara bersama dan menyusun segala
keperluan tugas mengikut keutamaan dan format yang dikehendaki.
2. Sering
Melaporkan Kegiatan
- Berhati-hati dengan khabar angin dan gossip yang boleh
menjejaskan hubungan dalam organisasi. Dapatkan bukti dan fakta yang betul.
Staf perlu melaporkan setiap tugas dan kegiatan yang dilakukan secara berkala
dengan Ketua.
3. Mengendalikan
Masalah Pekerja
- Laksanakan setiap tugasan secara bersama dan tidak
melakukan secara silo. Pastikan kita menjadi ketua yang tidak berat sebelah.
4. Menghindarkan
Kerenah dan Pembaziran Masa
- Kenalpasti pekerja yang melakukan tugas yang tiada kena
mengena dengan kehendak jabatan atau acuh tak acuh dengan tugasan yang
diberikan. Ini sangat bahaya kerana ianya akan merugikan masa dan wang ringgit
kerana melakukan tugas yang bukan mengikut kpi organisasi.
5. Jangan
Bimbang Mengambil Tindakan Disiplin
- Perkara yang selalu dilakukan oleh staf adalah hilang
dari radar. Tidak tahu kemana perginya. Jadi, ambillah tindakan atas kesalahan
tersebut walau pun ianya hanyalah perkara yang remeh. Bertanya dengan staf
keberadaan mereka pada setiap masa.
6. Mengimbangi
Pelbagai Tuntutan Kemahuan
- Memberi layanan yang saksama dengan semua ahli dalam
kumpulan
7. Jangan
Menyorok Kesalahan
- Tidak salah meminta maaf jika melakukan kesalahan dan
memperbaik apa yang salah mengikut cara yang sepatutnya walaupun kita seorang
ketua.
8. Mendengar
Semua Pandangan
9. Mempertingkatkan
Keyakinan Diri
- Sebagai ketua kita akan sentiasa dipuji dan dikritik.
Jangan mudah untuk sentap dengan kritikan malah jadikan kritikan sebagai
sesuatu yang positif.
10. Mempamerkan
Keinginan Untuk Mengetahui
- Jangan malu untuk bertanya dengan staf bawahan
walaupun ianya perkara remeh.
11. Jangan
Berlagak Pandai
12. Dapat
Mengawal Perasaan Marah
13. Berani
Mengatakan Tidak
14. Sanggup
Melaksanakan Tugas Berat Untuk Menghukum
- Menghukum staf setelah benar-benar terbukti bersalah.
Walau pun ketua akan dianggap sebagai kuku besi atau kejam kerana menjatuhkan
hukum. Ingat, jangan bertindak secara membabi buta tetapi selidik sesuatu
sehingga mendapat bukti-bukti yang kukuh.
15. Jangan
Lakukan Kerja Serentak
- Ada arahan yang perlu dibuat segera, ditangguhkan,
dilewatkan sedikit dan sebagainya. Maka
rancanglah tugasan mengikut keperluan. Tidak perlu dilakukan secara serentak
kerana inya akan menyebabkan kita rasa terbeban dengan semua tugasan yang ada.
16. Memberi
Kesejahteraan Terhadap Diri
- Carilah masa yang sesuai untuk me time dan bersama
dengan keluarga. Ikutkankerja dan tugas di pejabat takkan habis sampai
bila-bila. Pastikan juga bagi peluang staf untuk bercuti dan meluangkan masa
bersama keluarga mereka.
17. Pemeriksaaan
Peningkatan Kemahiran Diri
- 4 perkara penting untuk tingkatkan diri iaitu peratus
pencapaian dalam bidang komunikasi, penampilan diri, membuat keputusan yang
tepat dan menilai tahap pengetahuan anda.
18. Jangan
Membocorkan Rahsia
- Hati-hati ada bos atau staff yang suka screenshot perbualan dalam group whats app dan sebagainya untuk disebarkan dan dijadikan bukti. Sangat malang jika ada bos @ staff begitu dalam organisasi.
19. Sentiasa
Menyemak Perancangan Kerja
20. Keselarasan
Arahan dan Pengarahan
- Nampak sama tapi kedua-dua perkara ini adalah perkara
yang berbeza. Keselarasan arahan adalah arahan dari pihak atas ke bawah
sementara pengarahan adalah penggunaan semula arahan dalam bentuk operasi,
sistem dan prosedur. Seorang ketua perlu bijak menggunakan kedua-dua arahan
tersebut sesuai dengan keadaan dan persekitaran organisasi.
Betul tak saya kata, menjadi seorang ketua memang seronok tetapi banyak perkara perlu dilihat agar kita dapat
menjadi ketua yang bertanggung jawab dan disayangi oleh staf anda. Jadi tepuk
dada tanyalah selera. Saya suka menggunakan ungkapan KEBERSAMAAN dalam semua
perkara yang kita lakukan dalam organisasi. Musyawarah itu perlu untuk mencapai
satu kata sepakat agar kapal yang kita bawa ini akan terus belayar dan tidak
karam di tengah laut. Hehe....
Comments
Post a Comment