Nukilan : Norfazlinda binti Abdul Majid Memang seronok sebenarnya menjadi seorang ketua kan? Boleh mengarah dan buat apa sahaja yang kita nak. Tapi hakikatnya bukan mudah menjadi seorang ketua yang berkualiti dan berkreadibiliti guys. Saya share sedikit tips menjadi ketua yang terbaik berdasarkan kepada penulisan dari Che Mat bertajuk Penyeliaan Berkesan yang diterbitkan oleh Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd (2001) . Naskhah lama yang diterbitkan tapi masih bermanfaat untuk dijadikan sumber rujukan. 1. Permudahkan Kerja - Buat perbincangan secara bersama dan menyusun segala keperluan tugas mengikut keutamaan dan format yang dikehendaki. 2. Sering Melaporkan Kegiatan - Berhati-hati dengan khabar angin dan gossip yang boleh menjejaskan hubungan dalam organisasi. Dapatkan bukti dan fakta yang betul. Staf perlu melaporkan setiap tugas dan kegiatan yang dilakukan secara berkala dengan Ketua. 3. Mengendalikan Masalah Pekerja - Laksan