Nukilan: Norfazlinda binti Abdul Majid
Assalammualaikum W.B.T
Bila minat suka menulis dan share something ilmu yang baru, saya rasa terpanggil untuk sharing knowledge dari buku yang saya baca yang ditulis oleh Ab. Aziz Yusof bertajuk Politik Organisasi dalam Penilaian Prestasi. Realiti atau persepsi. Buku ini diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok (2001). Penulis ini memang sangat dikenali terutamanya pengkaji atau pelajar yang mahu mendalami ilmu pengurusan di dalam sesebuah organisasi. Kebetulan sekarang ini di jabatan-jabatan kerajaan sedang bergelumang dengan LNPT dan My Performance untuk kita menilai staf bawahan dan juga pencapaian sasaran kerja tahunan yang kita lakukan sepanjang tahun.
Pelbagai usaha dilakukan oleh beberapa pihak untuk mempengaruhi penilaian prestasi agar markah yang diperolehi mencapai lebih dari 90%. Sedarkah anda ada beberapa perkara di bawah yang kita telah lakukan. Jom kita semak guys !!!
Bermuka-Muka dan Pemujian
Ianya lebih dikenali dengan ungkapan 'bodek bos', 'kipas bos'. Sebelum ini tidak pernah bercakap dengan penilai, tetapi sejak kebelakangan ini semua tindak tanduk adalah hanya untuk menjaga hati bos. Hati- hati jika kita sebagai penilai, pastikan taktik berkenaan tidak mempengaruhi kita dan silap dalam menilai prestasi pekerja.
Mengancam
Mengugut kepada sesiapa yang menghalang untuk kemajuan kerjaya. Taktik ini juga digunakan oleh penilai untuk menghapuskan staf bawahan yang berkemungkinan boleh menggugat kedudukan mereka sehingga sanggup memberikan markah yang rendah kepada staf. Harus diingat, markah yang rendah kepada staf bawahan bermakna kelemahan pengurus itu sendiri.
Promosi Kendiri
Melibatkan tindakan individu untuk meyakinkan penilai akan prestasi mereka yang lepas untuk mempengaruhi penilaian pada tahun semasa. Sudah pasti ada pekerja yang menjadikan kejayaan mereka pada masa lalu sebagai tiket untuk mempromosikan diri sendiri kepada penilai.
Menunjuk-Nunjuk
Taktik ini merujuk kepada pekerja yang bersedia untuk berkorban dalam mengikut arahan bagi mempengaruhi penilaian prestasi. Contohnya datang lebih awal dan pulang lewat tidak seperti kebiasaan yang berlaku sebelum ini.
Memberi Alasan
Menafikan sesuatu kesalahan atau kegagalan disebabkan oleh pekerja itu sendiri sebaliknya menyalahkan kepada peralatan seperti kerosakan pada mesin, tiada kerjasama antara kumpulan datau tiada bimbingan dari pengurus atasan.
Mengadakan Pakatan
Merujuk kepada tindakan pekerja yang cuba menubuhkan pakatan untuk mempengaruhi penilaian prestasi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sokongan dari pihak lain agar dapat mempengaruhi persepsi bahawa organisasi berjaya disebabkan oleh daya usaha pekerja tersebut.
Ketrampilan atau Tarikan Fizikal
Dalam erti kata mudah, ada pekerja yang pandai bercakap dari buat kerja dalam kumpulan. Mereka ini petah dalam berbicara dan mempunyai personaliti yang meyakinkan. Namun jika diminta untuk melaksanakan sesuatu tugas, mereka bukanlah bijak untuk lakukan. Pekerja ini dirasakan mempunyai kelebihan dalam mempengaruhi penilaian termasuklah cuba berdamping dengan penilai dan memberikan idea-idea baru walaupun kadang-kadang pendapat mereka ini tidaklah diperlukan oleh organisasi.
Haaaa nampakkan contoh-contoh yang diberikan di atas. Macam-macam kan ragam manusia ini untuk mempengaruhi sesuatu keputusan. Sebagai penilai, nilailah staf anda berdasarkan kreadibiliti mereka dan bukannya berdasarkan emosi. Jumpalah staf semasa sesi penilaian untuk berbincang dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada yang perlu ditambah baik pada masa yang akan datang. Akhir kata, jadilah seorang bos yang mudah didekati dan adil kepada semua staf. Ingat tau, pangkat dan harta tidak dibawa ke liang lahad yer. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T atas apa yang kita lakukan seharian.
Comments
Post a Comment